Sunday, September 21, 2008

Terima Kasih Semua...

Pada 30 hb Ogos yang lalu, kita telah berjaya menjalankan Projek Sehari Bersama Anak-anak Yatim Darul Kifayah di Pusat Sains Negara.

Seperti yang di rancang, Ketua Projek & Ketua Publisiti telah mengiringi rombongan anak-anak yatim ke Pusat Sains dari asrama mereka.
Penolong Ketua Projek & pengerusi majlis telah bersiap sedia menunggu di Pusat Sains menguruskan tentang hal pendaftaran dan saya sendiri telah mengetuai kumpulan ahli yang lain bertolak dari Plaza Warisan pada 8.15 am dengan menaiki bas.



Kumpulan kita telah sampai di Pusat Sains sebelum jam 9am dah tidak lama kemudian, rombongan anak-anak yatim pula menyusul.
Semua peserta telah di arahkan berkumpul untuk mendengar taklimat.
Semasa perhimpunan ini juga, ketua projek & pensyarah ko-K telah menyampaikan kata-kata aluan seterusnya merasmikan projek kita ini.



Majlis penyampaian Goodie-bags juga telah di laksanakan oleh En.Bakri.
Seterusnya Pegawai dari Pusat Sains telah menyampaikan sedikit taklimat tentang aktiviti yang bakal di lakukan hari ini.



Aktiviti pertama ialah minum pagi di kafeteria Pusat Sains.
Peserta telah di jamukan dengan menu Nasi Lemak.
Kemudian majlis mengambil gambar kenang-kenangan oleh wartawan Akhbar Sinar.



Kemudian peserta mula ke Taman Sains bagi melihat habitat alam semula jadi.
Peserta di bawa ke tempat ikan, taman botanikal dan lain-lain.
Peserta juga di benarkan mencuba alat-alat yang ada di situ.



Kemudian, peserta di bawa masuk ke dalam untuk menyaksikan pertunjukan sains.
Selain melihat sukarelawan melakukan eksperimen, peserta juga diajak untuk sama-sama mencuba pengalaman melakukan eksperimen itu.





Sementara peserta menyaksikan Pertunjukan Sains, Biro Makanan & beberapa AJK lain membantu menyediakan tempat untuk makan tengahari.
Penyediaan awal perlu dijalankan segera memandangkan lokasi untuk makan tengahari kita telah di tukar ke Dewan di tingkat 4.



Selesai sahaja pertunjukan Sains, peserta di bawa naik ke Dewan Tingkat 4 untuk menikmati jamuan makan tengahari.



Selepas makan, peserta di benarkan rehat dan bersolat jemaah di surau yang ada di dalam Pusat Sains berkenaan.
Sesi kedua aktiviti di Pusat Sains ialah, peserta di benarkan melawat semua tempat pameran di kawasan ruang pameran Pusat Sains sambil mencari jawapan kepada soalan yang di beri oleh Sukarelawan dari Pusat Sains.







Pada jam 4pm, peserta di minta berkumpul kembali di dewan (tingkat 4) untuk minum petang dan majlis penutup.
Sukarelawan Pusat Sains telah mengumumkan jawapan yang betul bagi semua soalan yang di beri dan hadiah telah di berikan kepada setiap kumpulan di atas usaha mereka mendapatkan semua jawapan.
Majlis di teruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai Pusat Sains dia atas kerjasama yang diberikan.
Juga kepada guru pengiring Anak-anak Yatim Darul Kifayah kerana kesudian pihak Darul Kifayah menjayakan projek ini.
Cenderahati kepada pensyarah kita En.Bakri telah di sampaikan oleh Ketua Projek sebelum En.Bakri merasmikan penutupan projek kita pada hari itu.









Tamat sahaja majlis penutup kita pada hari itu, anak-anak yatim telah di iringi oleh Biro Urusetia & Keselamatan ke bas untuk pulang ke asrama.
Pada masa itu, ramai dikalangan peserta mengambil gambar, bertukar-tukar alamat, dan ada juga berbesar hati menDERMA BARANG BERHARGA kepada anak-anak yatim tersebut.

Sebelum semua ahli pulang, kita sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bagi membuktikan kita telah bekerjasama menjayakan projek ini.





Dan pada 3 September 2008, projek kita ini telah berada di dada akhbar Sinar.



Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan projek kita ini.
Dan kerana Biro Publisiti kita telah bertungkus-lumus mengambil gambar untuk kita semua semasa projek dijalankan sehingga tiada satu pun gambar di dalam kameranya, jadi saya letakkan gambar jurugambar kita sebagai penghargaan kepadanya.

Sekian, terima kasih
SETIAUSAHA

Friday, August 29, 2008

Berkumpul di Plaza Warisan....

Perhatian kepada saudara dan saudari,

Anda di ingatkan supaya berkumpul di Plaza Warisan pada jam 8.00 pagi sebelum menaiki bas ke Pusat Sains Negara.

Memandangkan program akan bermula pada jam 9.00 pagi, maka bas kita akan bertolak pada jam 8.15 pagi.

Anda semua di minta untuk sampai ke tempat berkumpul TEPAT PADA MASANYA.

Kita semua perlu TIBA DAHULU sebelum rombongan anak-anak yatim tiba ke Pusat Sains Negara supaya kita dapat mendengar taklimat penting dari Penolong Ketua Projek yang akan menunggu kita semua di lokasi.

Sekian, harap maklum
SETIAUSAHA PROJEK

Wednesday, August 27, 2008

Maklumat Terkini

1.Berikut adalah TAG yang akan di buat oleh Penolong Ketua Projek yang akan di berikan kepada VIP, Urusetia dan Anak-anak Yatim semasa hari Program nanti.


2. Saya sudah mendapat maklum balas TERKINI dari Cik Suhaila (Pusat Sains Negara), di mana mereka tidak dapat menyediakan Sukarelawan yang kita mohon sebelum ini. Walau bagaimanapun, beberapa sukarelawan akan di tempatkan di beberapa CHECK POINT bagi membantu pelawat mencuba peralatan yang di pamerkan.
Di sini, tugas Biro Urusetia & Biro Keselamatan membantu ahli kumpulan masing-masing untuk mencuba peralatan & permainan yang di sediakan.
Untuk pengetahuan semua, Cik Suhaila juga memberitahu bahawa pada 30 Ogos nanti, terdapat satu lagi rombongan lain datang melawat Pusat sains Negara. Jadi di harap, Biro Urusetia & Keselamatan dapat menjaga keselamatan ahli kumpulan anda.

3. Seperti yang telah di bincangkan semasa perjumpaan ke-2 ahad lalu, telah di beritahu bahawa setiap kumpulan di benarkan untuk membuat TANDA untuk setiap ahli kumpulannya. Itu semua bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi perlu di ingatkan, perkara yang sangat penting adalah menjaga KESELAMATAN ahli-ahli kumpulan.

Sekian, terima kasih.
SETIAUSAHA

Tuesday, August 26, 2008

Senarai Tugas...

Berikut di sertakan senarai kumpulan
(terdiri dari Biro Urusetia, Biro keselamatan & 10 orang anak yatim)

Kumpulan 1
Mok & Kuppusamy


Amaluddin bin Akamar
Amir Naim bin Abd Rahman
Ain Bt Abu Bakar
Amirah Diana Sabrina Bt Yusoff Cheah
Akhimullah Sabhi B Ridzuan
Amir Nur Fazhan Shah B Zafrul Fazry
Nur Azlan B.Osman
Nur Syafiq Akmal B.Mohd Shahril
Zatul Iffah Bt.Riduan
Siti Nur Fakhira Bt.Mohd Husaini

Kumpulan 2
Aini Ghaz & Yuzaidi


Danial Asraf bin Rosli
Hamidi Khamal bin Mohd Ropaie
Abd Hakim b.Abd Razak
Ady Saifullah bin Mohd idris
Ahmad Zuhree bin Ahmad Zubairi
Aidil Fadzly bin basiron
Elli Zamimah bt Mohd Zaki
Hasdiana bt.Hosshan
Amalia bt.Mohd Dahlan
Fatin Huda bt.Adnan

Kumpulan 3
Aina Mardia & Dilip


Mohd Hafizul Hafiz b.Md.Haulidi
Mohamad Hanif b.Roosdi
Amir Imran bin Abd rahman
Ariff Mohamad Aidil b.Zainal Abidin
Humairo bt.Hassan
Husna bt. Zakaria
Fatin Nur Syafiqah bt.Rosli
Izyan Dalilah bt.Rashad
Mohamad Afiq bin Jafri
Mohamad Nazrin bin Mazlan

Kumpulan 4
Halijah & Azmil


Mohamad Zulkifli bin Marzuki
Muhamad Amin bin Abd Razak
Nadiah Syazwani bt.Zahit
Nur Azizah bt.Mohd Nasir
Mohd Syafiq bin Saifudin
Mohd Azrin Shah bin Haime
Khasiatul bt.Rosia
Mira Hazirah bt.Hamdan
Nadira bt.Ismail
Nor Afiqah bt.Mohd Hanapi

Kumpulan 5
Shafini & Taufiq


Siti Nur Ain Fatihah bt.Zulkifli
Wan Arisya bt.Wan Mamat
Muhd Amerul Muqmen b.Ramli
Muhamad Al Saddiq b.Nor Azizaruddin
Nur Azlinda bt.Ahmad Zaitun
Norhashimah bt.Mohd Hashim
Amyrul bin Anuar
Ariff Firdaus bin Abdullah
Normadiah bt.Redwan
Siti Nurul Ain bt. Mohd Nor

Kumpulan 6
Nad & Merrul


Nursyafiqah bt.Badrul Hisham
Nur Syahirah nt.Abd Rauf
Muhd Aizal Hazri b.Mohd Najri
Muhd Danial b.Mohd Sharif
Nur Fatihah bt.Jaffary
Nur Hidayah bt.Shaharazman
Mohd Qayyum b.Mohd Fadzil
Mohd Fikry b.Abdullah
Muhd Hilmi bin Zahit
Muhd Nazarul b.Wahab

Kumpulan 7
Chua & Hadzran


Amy Nor Shahira bt.Azman
Nur Qurratu' Kursiah bt.Rosly
Muhd Zahierul Haziq bin Zainal
Wan Muhd Zubair b.Wan Mohd Noor
Muhd Faqkrul Naim b.Abd Malik
Muhd Farith Zuhair b.Subri
Muhd Faiz bin Reduan
Muhd Firdaus bin Radzuan
Nursyafika Amira bt. Muhd Isa
Nur Aqilah bt.Ahmad Firdaus

Kumpulan 8
Eina & Izrul


Muhd Zakaria b.Jabbar
Rafiq Zikry b.Subri
Siti Nur Syahirah bt Zulkifli
Rafidah Hanim bt.Abd Rahman
Siti Jamilah bt.Saleh
Siti Muyassarah bt ishak
Muhd harrif bin Masran
Muhd Taufik bin Ismail
Muhd Haziq bin Sabdul
Muhd Ikmal b.Harizan

Biro Makanan
Insyirah
Soffi
Nurul Anna
Nur Zakiah

Ahli-ahli lain yang tiada dalam senarai perlulah membantu Biro Urusetia, Biro Keselamatan & Biro Makanan melancarkan program ini nanti.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha projek

Sunday, August 10, 2008

Lawatan Ke Tapak Projek

Pada hari ini, telah diadakan satu perjumpaan di Tingkat 2 Plaza Warisan. Di mana Penolong Pengarah projek telah membawa beberapa saiz baju untuk di cuba sebelum ahli (yang hadir) memberikan saiz baju yang akan di tempah. Ahli yang ingin membayar RM 100 juga boleh terus menyerahkan wang kepada bendahari pada masa tersebut.

Lebih kurang jam 12 tengahari, Pengarah Projek, Penolong Pengarah, Effendi & saya sendiri telah ke KAS Tailor di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menempah baju rasmi projek kita. Kesemua saiz baju yang telah di kumpulkan oleh Nazirah & penolong Setiausaha telah diberikan kepada tailor pada hari ini. Segala penukaran saiz baju tidak akan dilayan memandangkan sebelum ini Nazirah & penolong Setiausaha telah berusaha mendapatkan saiz baju-baju ini dari saudara / saudari melalui email & sms.


Kemudian kami bertolak ke tapak projek di Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kami mendapati pihak pengawal juga telah maklum tentang aktiviti kita pada 30 Ogos ini. Kami telah mengenalpasti lokasi di mana kita akan berkumpul mendengar taklimat sebelum memulakan lawatan. Lokasi ini agak istimewa kerana keadaannya di bawah kubah yang besar. Jadi jika kita hendak membuat ucapan atau taklimat, suara kita akan bergema dengan kuatnya tanpa menggunakan pembesar suara. malahan jika anda menghentakkan kaki sekalipun, bunyi hentakan itu akan kedengaran sangat kuat.



Kami juga telah mengenalpasti lokasi kafe di mana kita semua akan menikmati minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Menurut pemilik kafe, premisnya berupaya menampung lebih daripada 100 orang pengunjung dalam satu masa. Kami juga telah berbincang dengan pemilik kafe untuk menyediakan meja untuk VIP nanti.



Kepada BIRO MAKANAN, anda semua di kehendaki mengawal keadaan semasa aktiviti di dalam kafe dijalankan.
Begitu juga kepada BIRO URUSETIA & BIRO KESELAMATAN di kehendaki mengawal pergerakan kumpulan anak-anak yatim yang akan dipertanggungjawapkan ke atas anda.


Kami sempat meninjau keadaan di dalam Pusat Sains, di mana terdapat beberapa sudut yang di bahagikan. Saya akan memohon pihak Pusat Sains untuk menyediakan TOUR GUIDE bagi setiap kumpulan anak yatim yang akan kita bahagikan kelak supaya dapat memberi penerangan sepanjang sesi lawatan kita nanti.



Di dalam Pusat Sains ini terdapat satu ruang legar di mana akan di adakan Pertunjukan Sains. Kita akan cuba mengatur masa aktiviti kita supaya anak-anak yatim ini tidak terlepas peluang untuk menyaksikan pertunjukan yang akan diadakan.


Untuk perhatian semua, kemudahan Surau ada di dalam Pusat Sains ini tetapi saiznya tidak begitu besar. Untuk pelajar perempuan, kemudahan telekung & kain sembahyang sangat terhad. Walaubagaimanapun kemudahan tandas ada di beberapa tempat di sekitar Pusat Sains ini.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakamkan semasa di Pusat Sains.







Selesai survey di Pusat Sains, kami bergerak ke Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah untuk berbincang tentang program kita ini tetapi malangnya pegawai yang bertanggungjawap telah keluar. jadi Pengarah Projek telah membuat temujanji untuk bertemu beliau pada esok hari bersama Effendi.


Denagn penerangan dan gambar yang dilampirkan ini di harap dapat memberi sedikit gambaran kepada saudara dan saudari kepada program yang bakal kita adakan 30 Ogos ini.

Segala kerjasama anda semua, amat-amat diharapkan.
Terima kasih.

Setiausaha Projek

Friday, August 8, 2008

Perjumpaan Penting

Perhatian kepada semua ahli kumpulan, anda di minta untuk hadir ke satu perjumpaan penting pada :

Tarikh : 10 Ogos 2008
Masa 10 am - 11 am
Tempat : Tingkat 2, Plaza Warisan

Semua di WAJIBKAN hadir kerana baju-baju contoh akan di bawa pada hari berkenaan untuk membolehkan anda semua memberikan saiz yang sebenar untuk baju yang bakal di tempah.

Jangan salahkan kami jika anda tidak mendapat baju rasmi untuk projek kita ini.

Anda semua di minta membayar RM 100
(kos makanan, pengangkutan anak yatim, entrance fee, kos promosi, kos cenderahati dan lain-lain)

Kepada mereka yang masih belum menjelaskan bayaran, boleh juga membuat bayaran pada hari tersebut.

Sila datang tepat pada masanya kerana pada jam 11.00 pagi, AJK akan bertolak ke Pusat Sains Negara untuk meninjau kawasan projek.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha Projek.

Monday, August 4, 2008

Saiz Baju...

Berikut adalah pesanan daripada Pen.Pengarah Projek.

Saudara / Saudari di minta untuk memberikan saiz baju yang hendak di tempah daripada KAS TAILOR, Wisma Yakin, Kuala Lumpur selewat-lewatnya hari Rabu (6 Ogos 2008) kerana jika kita menempah baju selewat-lewatnya Jumaat ini,maka baju dapat diedarkan kepada saudara / saudari pada perjumpaan kita - 24 Ogos 2008 nanti.

saiz : S, M, L, XL, XXL & XXXL

Sila nyatakan saiz baju anda kepada Setiausaha / Naib Setiausaha.

Contoh gambar baju akan di letakkan di dalam blog pada esok hari.

Sekian, harap maklum.

Setiausaha Projek