Seperti yang di rancang, Ketua Projek & Ketua Publisiti telah mengiringi rombongan anak-anak yatim ke Pusat Sains dari asrama mereka.
Penolong Ketua Projek & pengerusi majlis telah bersiap sedia menunggu di Pusat Sains menguruskan tentang hal pendaftaran dan saya sendiri telah mengetuai kumpulan ahli yang lain bertolak dari Plaza Warisan pada 8.15 am dengan menaiki bas.
Kumpulan kita telah sampai di Pusat Sains sebelum jam 9am dah tidak lama kemudian, rombongan anak-anak yatim pula menyusul.
Semua peserta telah di arahkan berkumpul untuk mendengar taklimat.
Semasa perhimpunan ini juga, ketua projek & pensyarah ko-K telah menyampaikan kata-kata aluan seterusnya merasmikan projek kita ini.
Majlis penyampaian Goodie-bags juga telah di laksanakan oleh En.Bakri.
Seterusnya Pegawai dari Pusat Sains telah menyampaikan sedikit taklimat tentang aktiviti yang bakal di lakukan hari ini.
Aktiviti pertama ialah minum pagi di kafeteria Pusat Sains.
Peserta telah di jamukan dengan menu Nasi Lemak.
Kemudian majlis mengambil gambar kenang-kenangan oleh wartawan Akhbar Sinar.
Kemudian peserta mula ke Taman Sains bagi melihat habitat alam semula jadi.
Peserta di bawa ke tempat ikan, taman botanikal dan lain-lain.
Peserta juga di benarkan mencuba alat-alat yang ada di situ.
Kemudian, peserta di bawa masuk ke dalam untuk menyaksikan pertunjukan sains.
Selain melihat sukarelawan melakukan eksperimen, peserta juga diajak untuk sama-sama mencuba pengalaman melakukan eksperimen itu.
Sementara peserta menyaksikan Pertunjukan Sains, Biro Makanan & beberapa AJK lain membantu menyediakan tempat untuk makan tengahari.
Penyediaan awal perlu dijalankan segera memandangkan lokasi untuk makan tengahari kita telah di tukar ke Dewan di tingkat 4.
Selesai sahaja pertunjukan Sains, peserta di bawa naik ke Dewan Tingkat 4 untuk menikmati jamuan makan tengahari.
Selepas makan, peserta di benarkan rehat dan bersolat jemaah di surau yang ada di dalam Pusat Sains berkenaan.
Sesi kedua aktiviti di Pusat Sains ialah, peserta di benarkan melawat semua tempat pameran di kawasan ruang pameran Pusat Sains sambil mencari jawapan kepada soalan yang di beri oleh Sukarelawan dari Pusat Sains.
Pada jam 4pm, peserta di minta berkumpul kembali di dewan (tingkat 4) untuk minum petang dan majlis penutup.
Sukarelawan Pusat Sains telah mengumumkan jawapan yang betul bagi semua soalan yang di beri dan hadiah telah di berikan kepada setiap kumpulan di atas usaha mereka mendapatkan semua jawapan.
Majlis di teruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Pegawai Pusat Sains dia atas kerjasama yang diberikan.
Juga kepada guru pengiring Anak-anak Yatim Darul Kifayah kerana kesudian pihak Darul Kifayah menjayakan projek ini.
Cenderahati kepada pensyarah kita En.Bakri telah di sampaikan oleh Ketua Projek sebelum En.Bakri merasmikan penutupan projek kita pada hari itu.
Tamat sahaja majlis penutup kita pada hari itu, anak-anak yatim telah di iringi oleh Biro Urusetia & Keselamatan ke bas untuk pulang ke asrama.
Pada masa itu, ramai dikalangan peserta mengambil gambar, bertukar-tukar alamat, dan ada juga berbesar hati menDERMA BARANG BERHARGA kepada anak-anak yatim tersebut.
Sebelum semua ahli pulang, kita sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bagi membuktikan kita telah bekerjasama menjayakan projek ini.
Dan pada 3 September 2008, projek kita ini telah berada di dada akhbar Sinar.
Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan projek kita ini.
Dan kerana Biro Publisiti kita telah bertungkus-lumus mengambil gambar untuk kita semua semasa projek dijalankan sehingga tiada satu pun gambar di dalam kameranya, jadi saya letakkan gambar jurugambar kita sebagai penghargaan kepadanya.
Sekian, terima kasih
SETIAUSAHA
No comments:
Post a Comment