Wednesday, August 27, 2008

Maklumat Terkini

1.Berikut adalah TAG yang akan di buat oleh Penolong Ketua Projek yang akan di berikan kepada VIP, Urusetia dan Anak-anak Yatim semasa hari Program nanti.


2. Saya sudah mendapat maklum balas TERKINI dari Cik Suhaila (Pusat Sains Negara), di mana mereka tidak dapat menyediakan Sukarelawan yang kita mohon sebelum ini. Walau bagaimanapun, beberapa sukarelawan akan di tempatkan di beberapa CHECK POINT bagi membantu pelawat mencuba peralatan yang di pamerkan.
Di sini, tugas Biro Urusetia & Biro Keselamatan membantu ahli kumpulan masing-masing untuk mencuba peralatan & permainan yang di sediakan.
Untuk pengetahuan semua, Cik Suhaila juga memberitahu bahawa pada 30 Ogos nanti, terdapat satu lagi rombongan lain datang melawat Pusat sains Negara. Jadi di harap, Biro Urusetia & Keselamatan dapat menjaga keselamatan ahli kumpulan anda.

3. Seperti yang telah di bincangkan semasa perjumpaan ke-2 ahad lalu, telah di beritahu bahawa setiap kumpulan di benarkan untuk membuat TANDA untuk setiap ahli kumpulannya. Itu semua bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi perlu di ingatkan, perkara yang sangat penting adalah menjaga KESELAMATAN ahli-ahli kumpulan.

Sekian, terima kasih.
SETIAUSAHA

No comments: