Sunday, August 10, 2008

Lawatan Ke Tapak Projek

Pada hari ini, telah diadakan satu perjumpaan di Tingkat 2 Plaza Warisan. Di mana Penolong Pengarah projek telah membawa beberapa saiz baju untuk di cuba sebelum ahli (yang hadir) memberikan saiz baju yang akan di tempah. Ahli yang ingin membayar RM 100 juga boleh terus menyerahkan wang kepada bendahari pada masa tersebut.

Lebih kurang jam 12 tengahari, Pengarah Projek, Penolong Pengarah, Effendi & saya sendiri telah ke KAS Tailor di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menempah baju rasmi projek kita. Kesemua saiz baju yang telah di kumpulkan oleh Nazirah & penolong Setiausaha telah diberikan kepada tailor pada hari ini. Segala penukaran saiz baju tidak akan dilayan memandangkan sebelum ini Nazirah & penolong Setiausaha telah berusaha mendapatkan saiz baju-baju ini dari saudara / saudari melalui email & sms.


Kemudian kami bertolak ke tapak projek di Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kami mendapati pihak pengawal juga telah maklum tentang aktiviti kita pada 30 Ogos ini. Kami telah mengenalpasti lokasi di mana kita akan berkumpul mendengar taklimat sebelum memulakan lawatan. Lokasi ini agak istimewa kerana keadaannya di bawah kubah yang besar. Jadi jika kita hendak membuat ucapan atau taklimat, suara kita akan bergema dengan kuatnya tanpa menggunakan pembesar suara. malahan jika anda menghentakkan kaki sekalipun, bunyi hentakan itu akan kedengaran sangat kuat.



Kami juga telah mengenalpasti lokasi kafe di mana kita semua akan menikmati minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Menurut pemilik kafe, premisnya berupaya menampung lebih daripada 100 orang pengunjung dalam satu masa. Kami juga telah berbincang dengan pemilik kafe untuk menyediakan meja untuk VIP nanti.



Kepada BIRO MAKANAN, anda semua di kehendaki mengawal keadaan semasa aktiviti di dalam kafe dijalankan.
Begitu juga kepada BIRO URUSETIA & BIRO KESELAMATAN di kehendaki mengawal pergerakan kumpulan anak-anak yatim yang akan dipertanggungjawapkan ke atas anda.


Kami sempat meninjau keadaan di dalam Pusat Sains, di mana terdapat beberapa sudut yang di bahagikan. Saya akan memohon pihak Pusat Sains untuk menyediakan TOUR GUIDE bagi setiap kumpulan anak yatim yang akan kita bahagikan kelak supaya dapat memberi penerangan sepanjang sesi lawatan kita nanti.



Di dalam Pusat Sains ini terdapat satu ruang legar di mana akan di adakan Pertunjukan Sains. Kita akan cuba mengatur masa aktiviti kita supaya anak-anak yatim ini tidak terlepas peluang untuk menyaksikan pertunjukan yang akan diadakan.


Untuk perhatian semua, kemudahan Surau ada di dalam Pusat Sains ini tetapi saiznya tidak begitu besar. Untuk pelajar perempuan, kemudahan telekung & kain sembahyang sangat terhad. Walaubagaimanapun kemudahan tandas ada di beberapa tempat di sekitar Pusat Sains ini.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakamkan semasa di Pusat Sains.







Selesai survey di Pusat Sains, kami bergerak ke Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah untuk berbincang tentang program kita ini tetapi malangnya pegawai yang bertanggungjawap telah keluar. jadi Pengarah Projek telah membuat temujanji untuk bertemu beliau pada esok hari bersama Effendi.


Denagn penerangan dan gambar yang dilampirkan ini di harap dapat memberi sedikit gambaran kepada saudara dan saudari kepada program yang bakal kita adakan 30 Ogos ini.

Segala kerjasama anda semua, amat-amat diharapkan.
Terima kasih.

Setiausaha Projek

6 comments:

Anonymous said...

bestnye....tak sabau nak pegi...benda alah yang boleh buat rambut tegak ada x? hehehehe

p/s- boleh buat pelan tak pi sana?

-nad- said...

aloooo..hehehehe...best tu...
xsabor nie...g satu kang kalo g sana ank2 yatim msti suka ai coz ai ni omel..hahahaha


Harapnyer kitanyer projek berjalan lncr n gempak..n semua appy ...huhuhuhu

nik fnd said...

insyaallah...
kita akan set 1 bas untuk groupmate yang tak de transport nak pi Pusat Sains. Tapi kena kumpul kat Pusat Sains la..
Abg Radzi akan kautim pasal ni.

-nad- said...

huhuhu..kmpul kat pusat sains eak????hehehehe saya nie buta jalan, mcm ner eak...ada ker lrt yg leh sampai sn@kalo jmpa kat plaza warisan jew xleh eak?

Anonymous said...

nad,nad, ko tk baca ke kat atas tu,kan semua kena berkumpul kat plaza warisan dan akan bertolak sekali dengan bas yg disediakan,so apalagi kita ramai2 buat rombongan 'cik kiah' la ke pusat sains,tak yah nak penin2 kepala..

-nad- said...

OOOO EAK....XPERASAN LAK..MAKLUM AR MATA I NIE KAN SEKSI KIT...HAHAHAHA...NAK UAT MCM NER TIME TNGK XPAKAI MATA G SATU AR...HUHUHUHU...