Untuk pengetahuan semua, mesyuarat kali ke-2 telah diadakan di Bilik B, Tingkat 2, Plaza Warisan pada 2 Ogos 2008 (jam 10.30am-12.30pm)
Berikut merupakan hal-hal berbangkit yang di bincangkan di dalam mesyuarat ke-2 :
1. Pembatalan projek CELIK IT
sebab pembatalan : proses perlaksanaannya memakan masa yang lama sedangkan kita bercadang mahu melaksanakan projek sebelum bulan Ramadhan.
2. Projek lawatan ke Petrosains & Aquaria yang pada mulanya di cadangkan untuk menggantikan projek Celik IT telah di batalkan.
sebab pembatalan : perbelanjaan yang agak mahal.
3. Cadangan mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.
- Eizuwan telah mendapatkan persetujuan dari pihak Pusat Sains Negara tentang cadangan dan tarikh lawatan kita.
- Eizuwan telah berbincang dengan pihak Pusat Sains Negara tentang Admission Fee :
Anak-anak yatim : 80 orang (PERCUMA)
Pelajar UUM & Tenaga Pengajar : 35 orang (RM 3/orang) = RM 105
- Eizuwan juga telah berbincang dengan ketua di kafe Pusat Sains Negara tentang makan dan minum kita semua. APa yang telah dipersetujui, mereka akan membekalkan minum pagi, makan tengahari dan minum petang kepada kita semua dengan hanya bayaran RM 13/orang. (RM 13 x 115=1,495)
- Radzi telah mendapatkan sebuah bas (Agro Bank) untuk kegunaan projek ini dengan bayaran RM 250. Begitu juga dengan Eizuwan, telah mendapatkan 3 buah van untuk kemudahan pengangkutan anak-anak yatim ini nanti.
- Biro Cenderahati (Puspa & Nanthini) akan cuba menghubungi pihak UUM untuk mendapatkan barang-barang cenderahati (seperti pen & nota kecil) untuk di berikan kepada anak-anak yatim. Mereka juga perlu menempah cenderahati (berbentuk Plat) untuk di berikan kepada pihak Pusat Sains Negara & Rumah Anak-Anak Yatim Darul Kifayah.
- Eizuwan sudah pun menghantar surat memohon sumbangan tajaan daripada beberapa pihak dan masih menunggu jawapan dari mereka.
a) Munchy Food Industries Sdn Bhd - goodies bag
b) KFC Holdings (M) Bhd - Snake Plate & Air
c) Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd - goodies bag
d) TNB - tshirt untuk anak-anak yatim
- Eizuwan juga telah berbincang dengan "Kas Tailor" untuk kita menempah Corporate Shirt (supaya kita dapat memakai pakaian yang seragam semasa menjalankan program kita nanti)
- harga : RM 50/orang
- Amerrul akan membantu menyiapkan proposal projek kita ini.
Segala maklumat terkini akan di laporkan di blog ini secepat mungkin.
Komen dan tindak balas dari semua amat-amat di harapkan.
Terima kasih di atas kerjasama semua pihak.
Setiausaha Projek
Saturday, August 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment