AJK lain seperti Hadzran, Yan, Mizril, Zaza, Eina & Insyirah juga telah datang ke rumah saya untuk membantu mengangkat barang-barang tajaan.
Sementara di Rumah Bakti, AJK lain telah lama bersiap-sedia mengemas dewan yang akan di gunakan untuk esok hari.
Kami telah mengosongkan Dewan tersebut dengan mengeluarkan kerusi-kerusi ke bilik sebelah kerana kami akan menggunakan tikar untuk aktiviti esok hari.
Apabila Dewan telah di kosongkan maka aktiviti memasukkan barang-barang tajaan ke dalam Goodies Bag telah di lakukan bersama-sama.
Terima kasih kepada semua yang membantu untuk persediaan hari ini...
Hadzran. Eina, Yan, Mizril, Zaza, Insyirah, Chua, Mok, Nad, Nanthini, Puspa, Faikal, Abg Zaidi, Soffi, Kak Long, Aini, Taufiq, Dilip & Mil...
CREDIT to all of you!!
-NIK-
Pen.Setiausaha
No comments:
Post a Comment