Thursday, June 4, 2009

Pemerhatian oleh Biro Logistik di Rumah Bakti Hulu Klang

Pada 4 Jun 2009, Biro Logistik telah melakukan lawatan pemerhatian ke Rumah Bakti Hulu Klang.
Berikut adalah hasil dari pemerhatian beliau :

1) Tempahan untuk mengadakan program bersama penghuni Rumah Bakti akan dilakukan sebaik sahaja kita menerima surat sokongan mengadakan program dari pihak UUM KL.
Buat masa ini, pihak Rumah Bakti tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan kita.

2) Pihak Rumah Bakti mencadangkan agar kita melibatkan kesemua penghuni Rumah Bakti supaya tidak ada sikap pilih kasih di antara mereka
(Terdapat 78 penghuni : 22 sekolah rendah dan selelebihnya sekolah menengah)

3) Pihak Rumah Bakti memberi kebenaran untuk mengunakan semua kemudahan yg ada disana seperti :
Dewan makan (boleh menampung lebih dari 100 orang)
Dewan serbaguna (mempunyai speaker, mic, sofa vip, pentas yg kecil dan dilengkapi penghawa dingin)
Surau
Padang yang berhadapan dgn dewan (amat mudah sekiranya hendak membuat aktiviti luar kerana dewan agak kecil untuk membuat aktiviti berkumpulan)

4) Kita perlu menyediakan makanan dari luar kerana mereka hanya dapat menyediakan tempat persiapan makanan.

5) RUMAH BAKTI mempunyai majlis2 tertinggi yang menjaga kebajikan mereka (terdiri daripada 19 AJK yg menjaga kebajikan dan mereka juga antara peyumbang terbesar Rumah Bakti)
Kita perlu menjemput meraka sebagai VIP kerana mereka terdiri daripada ahli2 korporat.

Berikut adalah beberapa gambar yang dapat di ambil.

















2 comments:

amerrul said...

thankz mizril for the info and pic...dewan tu tak sesuai utk certain program seperti modul 1 & 3. sy cadangkan kita dapatkan khemah dalam 4 set.plz raise up dlm next meeting with UMNO...

TQ

amerrul

Nik said...

At the same time, nanti kitaorg kat Tajaan cuba hantar surat mohon penaja kat sykt katering yg sewa khemah...OK?
kita try je la, klw tak dapat...org UMNO mmg kena tolong la...