Thursday, June 4, 2009

Mesyuarat Ketua Biro

TARIKH :
3 Jun 2009

MASA :
8.00 – 10.00 malam

TEMPAT :
Food Court Signature
Tingkat 2, KLCC
Kuala Lumpur

Kehadiran:

Amerrul Anuar b.Mohamad (Pen.Pengarah Projek)
Mohd Izarihan bin Tugimin (Bendahari)
Effendi ismail (Ketua Biro Tajaan & Publisiti)
Mizril Rishah Mustafar Kamal (Biro Pengangkutan & Logistik)
Siti Fatimah Ghazali (Ketua Biro Protokol & Keselamatan)
Nur Zakiah Mohd Khadzir (Ketua Biro Makanan & Cenderahati)
Nik Fathymah Nik Mahmood (Pen.Setiausaha)

Agenda Mesyuarat

1.0 Pen.Pengarah Projek memberi penerangan tentang mesyuarat yang telah di adakan bersama Biro Pendidikan UMNO pada 31 Mei 2009.

2.0 Setelah melakukan perbincangan bersama, terdapat beberapa perkara berbangkit telah dipersetujui :

* penetapan tarikh program di Rumah Bakti Hulu Klang pada 26 Julai 2009

* membatalkan penglibatan warga emas dalam program

* memeriksa semula senarai AJK program kerana terdapat beberapa ahli kumpulan yang menangguhkan pengajian dan berhenti pengajian

* memilih Fasilitator di kalangan AJK program bagi aktiviti berkumpulan bersama anak-anak yatim.

5 orang Fasilitator Lelaki
(Dilip, Kamarul Azmil, Faikal, Che Yuzaidi & Taufiq)
5 orang Fasilitator Perempuan
(Nurul Anna, Nazirah, Halijah, Puspa, Nanthini)

* bersetuju untuk tidak menempah kumpulan muzik TNB bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

* bersetuju untuk tidak menempah baju rasmi program yang baru dan akan menggunakan baju rasmi program lalu bagi menjimatkan kos perbelanjaan.

3.0 Tindakan yang perlu dilakukan oleh setiap Biro

a)Biro Pengangkutan & Logistik

- akan menempah tarikh 26 Julai 2009 untuk mengadakan program di Rumah Bakti
- akan membuat pemerhatian di Rumah Bakti bagi memastikan keadaan lokasi serta kemudahan-kemudahan yang perlu di sediakan bagi melancarkan program.
- akan menyediakan surat memohon kebenaran menjalankan program di Rumah Bakti Hulu Klang.
- akan mendapatkan maklumat tentang bilangan penghuni Rumah Bakti.

b)Biro Makanan & Cenderahati

- akan menyediakan senarai menu bagi 3 waktu makan (sarapan pagi, makan tengahari & minum petang) semasa program dijalankan
- akan menghantar surat kepada UUM Sintok bagi meminta tajaan untuk cenderahati UUM
- akan menyediakan senarai cenderahati & hamper yang diperlukan bagi sepanjang program.

c)Biro Tajaan & Publisiti

- telah menyediakan rangka surat memohon tajaan, rangka surat balasan dan senarai alamat penaja yang berpotensi.

d)Biro Protokol & Keselamatan

- akan mendapatkan modul untuk sesi petang
- akan membahagikan tugas untuk slot UUM (program petang)
- akan membahagikan tugas kepada semua AJK untuk melancarkan program.

e)Bendahari
- akan membuat kutipan RM 100 bagi setiap ahli kumpulan untuk tujuan kontegensi.

4.0 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 10.00 malam.

sekian,
- pen.setiausaha -

No comments: