Saturday, July 18, 2009

Sponsorship (part 4)

Semalam Biro Tajaan telah ke Nestle Sdn Bhd untuk mengambil barang tajaan seperti Maggi Hot Cup, Air Milo, Koko Krunch cereals dan Nesvita's tumbler.











Kemudian kami ke Prestasi Auto Sdn Bhd untuk mengambil 4 hamper yang di taja.





Kami akan cuma mendapatkan lebih banyak tajaan untuk program kita ini.
Jika biro-biro dan AJK lain turut sama ingin membantu mendapatkan tajaan, kami amat mengalu-alukan bantuan anda.

Terima kasih

Wednesday, July 15, 2009

Jemputan ke Majlis Kesyukuran UMNO Dun Hulu Klang

Ketua Program telah menerima email jemputan daripada Biro Pendidikan UMNO cawangan Gombak berkenaan jemputan ke Majlis Kesyukuran UMNO Dun Hulu Klang.
Email beliau kepada Ketua Program, En.Eizuwan :

Saya S/U Biro Pelajaran UMNO Bhg Gombak ingin menjemput tuan/ puan bersama JKuasa (bermesyuarat tempohari bersama Sidang Jawantankuasa Tautan Kasih dijadualkan pd 26.07.09 di Rumah Bakti Hulu Klang) ke Majlis Kesyukuran UMNO Dun Hulu Klang dengan ketentuan berikut:

Tarikh: 17 July 2009
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: 2743B & C, Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Klang

(berhadapan Giant Superstore Taman Permata)

Majlis ini bertujuan meraikan pembukaan pejabat baru UMNO Hulu Klang dan seterusnya Biro Pelajaran dan JKuasa tuan dapat berbicang lanjutan dari program Tautan Kasih sama yang dijadualkan mengikut jadual tersebut di atas.

Harap maklum

En.Adnan Osman.
Dr Othman Ab Rahman.

Friday, July 10, 2009

Banner Program

Berikut di lampirkan contoh lakaran Banner Program "Tautan Kasih Semaian Budi" yang di lakarkan oleh Biro Tajaan & Publisiti.



Saiz Banner adalah 4 x 7
Mengikut perbincangan bersama, pihak UMNO akan menaja pembikinan 4 Banner ini.

sekian

Thursday, July 9, 2009

Sponsorship (part 3)

Tajaan berbentuk wang yang seterusnya di terima oleh IQ Works Sdn Bhd sebanyak RM 700.00.



Kami akan cuma mendapatkan lebih banyak tajaan untuk program kita ini.
Jika biro-biro dan AJK lain turut sama ingin membantu mendapatkan tajaan, kami amat mengalu-alukan bantuan anda.

Terima kasih

Menu Baru "Program Tautan Kasih Semaian Budi"

MINUM PAGI (BUFFET)

SANDWICH TELUR & SANDWICH SARDIN
KARIPAP & SERI MUKA
***
TEA O & NESCAFE O

MAKAN T/HARI (BUFFET)

NASI PUTIH
***
KOBIS PUTIH MASAK LEMAK
***
AYAM GORENG BEREMPAH
***
IKAN MASIN
***
SAMBAL TEMPE
***
ULAM-ULAM & SAMBAL BELACAN
***
BUAH TEMBIKAI
***
SIRAP KORDIAL

MINUM PETANG (BUFFET)

MEE HOON GORENG
***
BUBUR KACANG HIJAU + DURIAN
***
TEA TARIK / NESCAFE TARIK

- laporan dari Ketua Biro Makanan & Cenderahati

Mesyuarat Ketua Biro (kali ke 2)

TARIKH :
3 July 2009

MASA :
8.45 – 10.15 malam

TEMPAT :
Food Court Signature
Tingkat 2, KLCC
Kuala Lumpur

Kehadiran:

Mohamad Eizuwan b.Ali (Pengarah Projek)
Amerrul Anuar b.Mohamad (Pen.Pengarah Projek)
Mohd Izarihan bin Tugimin (Bendahari)
Effendi Ismail (Ketua Biro Tajaan & Publisiti)
Mizril Rishah Mustafar Kamal (Biro Pengangkutan & Logistik)
Siti Fatimah Ghazali (Ketua Biro Protokol & Keselamatan)
Nur Zakiah Mohd Khadzir (Ketua Biro Makanan & Cenderahati)
Nik Fathymah Nik Mahmood (Pen.Setiausaha)

Agenda Mesyuarat:

1.0 Pengarah Projek mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Biro yang sudi hadir ke mesyuarat

2.0 Setiap Ketua Biro membentangkan perkembangan kerja masing-masing.

a)Biro Logistik
- terdapat penambahan anak yatim dari 75 orang kepada 83 orang dan 6 orang guru pengiring.
(Pengarah meminta Ketua Biro Logistik mendapatkan surat kebenaran melakukan program dari pihak Rumah Bakti, Hulu Klang)
- Dewan Rumah Bakti tidak cukup besar untuk menjalankan aktiviti berkumpulan
- Peralatan Sound System baik cuma perlukan pembesar suara yang baru.
- Sofa untuk VIP di pentas juga telah tersedia.
- Pendingin udara tidak berfungsi dan perlukan penambahbaikan.
(Pengarah akan berbincang dengan pihak UMNO tentang tajaan untuk membaiki pendingin udara dewan.)
- khemah / kanopi diperlukan untuk aktiviti berkumpulan
(Ketua Biro Publisiti akan cuba mendapatkan tajaan)
- Terdapat papan putih untuk Slide Show.
- backdrop diperlukan untuk hiasan pentas
(Pengarah akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak UMNO memandang mereka juga akan membuat kain rentang)
- pengangkutan semua urusetia dari Plaza Warisan ke Rumah Bakti

b)Biro Protokol
- Pengarah Projek meminta Ketua Biro Protokol untuk menyediakan beberapa teks ucapan.
- Pengarah Projek meminta Ketua Biro melantik seorang daripada Biro Protokol untuk menjadi pengacara majlis dan 2 orang penyambut tetamu (lelaki dan perempuan)

c)Biro Makanan & Cenderahati
- berbincang semula menu untuk program.
(senarai menu baru telah di persetujui)
- menetapkan harga bagi tempahan adalah RM 11/seorang.
- perlu memastikan adanya meja makan untuk VIP.
- perlu cuba dapatkan cenderahati dari PACE Sintok.

d)Biro Tajaan & Publisiti
- setakat ini sudah menerima tajaan cash & barangan daripada beberapa syarikat.
* Radhiya Stationers Sdn Bhd (RM 200)
* Eltabina Jaya Sdn Bhd (RM 1,000)
* Dawama Sdn Bhd (100 majalah, 30 Novel)
* Nestle Products Sdn Bhd (80 air kotak Milo, 80 Maggi Hot Cup dan 80 Breakfast Cereals)
* PLUS Expressways Bhd (130 Goodies bag)
* Prestasi Auto Sdn (3 hamper)

- Biro Tajaan akan masih terus menghubungi syarikat-syarikat untuk memohon tajaan.
* Smart Travels & Tours
* Safeguards Corp Bhd / IQ Works Sdn Bhd
* Sanicare Hygine Services Sdn Bhd
* Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
* Giant Supermarket (Ulu Klang)
* AR Travel Sdn Bhd

- Biro Tajaan di khendaki membuat surat jemputan dan surat penghargaan kepada para penaja kemudian perlu meminta tandatangan daripada En.Zam.

e)Bendahari
- akan membuat kutipan sebanyak RM 50 setiap seorang ahli kumpulan
(Kutipan akan dilakukan pada pertemuan pertama semester baru nanti)

3.0 Perubahan yang akan dilakukan
- Muhd Soffi akan di tukarkan ke Biro Pengangkutan bersama-sama Muhammad Taufiq di bawah seliaan Mizril Rishah.

4.0 Penutup
Mesyuarat bersama Biro UMNO akan ditentukan kemudian selepas mendapat persetujuan dengan pihak mereka kelak.

Lawatan Biro ke Rumah Bakti Hulu Klang juga akan di tetapkan kemudian mengikut kesesuaian masa Biro-biro yang berkenaan.

5.0 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 10.15 malam.

sekian,
- pen.setiausaha -

Saturday, June 27, 2009

Sponsorship (part 2)

Tajaan berbentuk wang yang seterusnya di terima oleh Eltabina Jaya Sdn Bhd sebanyak RM 1,000.00.



Biro Tajaan juga telah berjaya mendapatkan tajaan dari Nestle berupa barangan Cereal, Milo & Maggie kepada 80 anak-anak yatim.





Segala tajaan dari Nestle ini perlu kami ambil seminggu sebelum program berlangsung.

Pihak PLUS Expressways Bhd bersetuju untuk menaja 130 Goodies bags dan beberapa barangan tambahan.

Pihak Prestasi Auto Sdn Bhd juga bersetuju untuk menaja 3 Hamper.

Kami akan cuma mendapatkan lebih banyak tajaan untuk program kita ini.
Jika biro-biro dan AJK lain turut sama ingin membantu mendapatkan tajaan, kami amat mengalu-alukan bantuan anda.

Terima kasih