Monday, July 14, 2008

Maklumat dari pihak Kementerian Pendidikan

Untuk perhatian semua, saya sudah pun menelefon Kementerian Pendidikan Malaysia (Putrajaya) sebentar tadi untuk mendapatkan maklumat berkenaan prosedur untuk meminta kebenaran melakukan prorgam di sekolah.

Menurut Cik Ida (Unit Bahagian Sekolah), kita perlu menghantar surat permohonan kepada Pengarah Bahagian Sekolah dengan menyatakan tujuan dan bila program hendak dilaksanakan.

Saya dan pembantu saya akan menyediakan surat-surat yang di perlukan selepas kita menetapkan tarikh untuk melaksanakan program ini.

Sekian, terima kasih

Setiausaha Projek

1 comment:

Anonymous said...

if u guys need any help.. u can call or email me... no prob bro!